Sunday, May 23, 2010

LP or Piring Hitam Rock Melayu untuk koleksi ke untuk dijual ke?

Salam

Kali ni aku menulis panjang sikit dr biasa. Saje nak bercerita prihal minat aku yg agak baru ni, mengumpul LP aka piring hitam aka Vinyl yg menjadi kegilaan bagi penggemar senior mahupun junior (junior ni pun dalam lingkungan 30an gak termasuklah aku, hehe).

Yang menariknya setelah mengkaji dan berjumpa sahabat handai, menyatakan bahawa antara koleksi LP atau piring hitam yg mahal bagi kategori Melayu adalah koleksi lama seperti P Ramlee, Sudirman dan LP rock..

So, setakat ni P Ramlee yg aku ada pun tak ori, tp leh layan la sbb hampir semua lagu ada n elok kondisinya..

Sudir pun ada ori n tak, tak larat la nak wat collection kalau harga mencecah hampir ratusan gak

So layan la lp rock yg nasibla, kadang kala dpt murah (dr pasar2 berdekatan atau kengkawan) dan kalau mahalpun setakat ni tak le mencecah ratusan lagi.

So, buat pertama kalinya aku nak tunjuk koleksi yg ada dan kalau nak jual pun pikirlah sendiri 2, 3, 4 5, 6 kali..  hehehe..

Koleksi 1
Ni antara koleksi rock aku yg mengandungi Hillary, Saxo, Wee Wet, Leez
Kris, Zamree dan Olan

Koleksi 2
Yang ni ada Positif, Ruhil, Lefhanded (Nash n Ramlie Sarip) 
Helter Skelter, Sweet Charity dan UG14

Koleksi 1, maybe kalau jual dalam RM1500
Koleksi 2 mahal sikit RM1600

Tu kalau nak jual la.. saja je letak harga sbb kalau nak jual.. So, kalau tak jual, apa lagi bikin simpan la..

Itu saja utk kali ni, ada lagi koleksi LP rock lagi, tunggu seminggu lagi la, sbb ada kawan pinjam n nak beli lagi.. Maybe cari kat singapo lak, khabarnya banyak lp rock kat sana.

Pas ni akan citer lagi pasal koleksi rock seterusnya n jukebox rock yg aku ada... tunggu..

No comments:

Post a Comment