Sunday, May 23, 2010

LP or Piring Hitam Rock Melayu untuk koleksi ke untuk dijual ke?

Salam

Kali ni aku menulis panjang sikit dr biasa. Saje nak bercerita prihal minat aku yg agak baru ni, mengumpul LP aka piring hitam aka Vinyl yg menjadi kegilaan bagi penggemar senior mahupun junior (junior ni pun dalam lingkungan 30an gak termasuklah aku, hehe).

Yang menariknya setelah mengkaji dan berjumpa sahabat handai, menyatakan bahawa antara koleksi LP atau piring hitam yg mahal bagi kategori Melayu adalah koleksi lama seperti P Ramlee, Sudirman dan LP rock..

So, setakat ni P Ramlee yg aku ada pun tak ori, tp leh layan la sbb hampir semua lagu ada n elok kondisinya..

Sudir pun ada ori n tak, tak larat la nak wat collection kalau harga mencecah hampir ratusan gak

So layan la lp rock yg nasibla, kadang kala dpt murah (dr pasar2 berdekatan atau kengkawan) dan kalau mahalpun setakat ni tak le mencecah ratusan lagi.

So, buat pertama kalinya aku nak tunjuk koleksi yg ada dan kalau nak jual pun pikirlah sendiri 2, 3, 4 5, 6 kali..  hehehe..

Koleksi 1
Ni antara koleksi rock aku yg mengandungi Hillary, Saxo, Wee Wet, Leez
Kris, Zamree dan Olan

Koleksi 2
Yang ni ada Positif, Ruhil, Lefhanded (Nash n Ramlie Sarip) 
Helter Skelter, Sweet Charity dan UG14

Koleksi 1, maybe kalau jual dalam RM1500
Koleksi 2 mahal sikit RM1600

Tu kalau nak jual la.. saja je letak harga sbb kalau nak jual.. So, kalau tak jual, apa lagi bikin simpan la..

Itu saja utk kali ni, ada lagi koleksi LP rock lagi, tunggu seminggu lagi la, sbb ada kawan pinjam n nak beli lagi.. Maybe cari kat singapo lak, khabarnya banyak lp rock kat sana.

Pas ni akan citer lagi pasal koleksi rock seterusnya n jukebox rock yg aku ada... tunggu..

Monday, May 17, 2010

LP or Piring Hitam Rock & Pop Melayu Terbaik!! LP Jay Jay untuk di jual!

Album piring hitam solo Jay Jay kedua yang berjudul Kurnia
Album ni pun mantap dengan lagu2 hits seperti Cukuplah Sekali, Meniti Kepastian dan banyak lagi
DJ copy tu pasallah sangat rare dan tinggi valuenye...
RM110 termasuk pos!! SOLD!!

Piring hitam Lefthanded berjudul Evolusi
Nyanyian mantap Nash n lagu killernye Pencinta. Memang layan baik punye!!


Piring hitam Lefthanded yang tajuk pakai kumpulan dorang.
Time ni jemput Ramlie Sarip nyanyi.. Mantop giler Papa Rock ni!!


Piring hitam Blues Gang tajuk Khatulistiwa
Antara album terbaik BG selepas Apo Nak Dikato! 
Kualiti sound cukup mantop sehebat CD.
SOLD!!


Piring hitam Olan yg glamer dgn lagu Bandar Tasik Selatan
Masih terngia2 dengar lagu ni, lebih2 lagi kalau lalu jalan MRR2 sebelahnye Bandar Tasik Selatan
Asal lalu je jalan tu nyanyi lagu ni... BTS menggamit kenangan lalu....

Cukup setakat 5 LP ni.. ada lagi lp rock lain.. nantila citer lagi.. ada beberapa belas lagi ni download gambor.. sabo je la..

Thursday, May 6, 2010

LP Piring Hitam Rock Melayu Kepunyaanku dan telah dipunyai orang pulak..


Piring Hitam 
LP Sahara
Bahang-bahang
nak jual RM65 je..
sape cepat dia dpt!!


LP FRU 
(Hattan 1st time join kump rock)
Kelahiran
Dah jual


LP Riyadh
(1st time Akhil Hai jadi artis rock)
Media 88-89
Jual gak



LP Sera
Sera
Jual gamaknye



LP Helter Skelter
Antologi
Terjual bah


LP Justice
Pribumi
Juga dijual!!

Apa yg ada, ada la sikit dalam 20lp rock yg disimpan rapi... nanti akan didedahkan lagi.. hehehe